"Untuk mesyuarat hari ni, saya nak jelaskan tiga perkara. Pertama, kepulangan Pengerusi ke syarikat ini hanya untuk sementara. Saya dan isteri saya perlu selesai beberapa perkara berbangkit sejak beberapa hari lepas, jadi kami tak dapat masuk ke pejabat."
"Kedua, khabar angin akan terhenti dengan orang bijak; pekerja di GK tak sepatutnya cemarkan reputasi syarikat dengan khabar angin. Saya akan abaikan khabar angin kali ini tapi saya tak akan bertolak ansur dengan khabar angin selepas ini."
"Ketiga, sesiapa yang nak letak jawatan, kamu ada satu malam untuk pertimbangkannya semula kalau kamu nak tarik balik surat peletakan jawatan. Kalau kamu masih nak kerja di sini, saya berbesar hati untuk bekerja dengan kamu. Kalau kamu nak pergi, saya harapkan yang terbaik untuk masa depan kamu."
"Itu saja, terima kasih kepada semua."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com