Huo Mian mahu bercakap tetapi suaranya tersekat. Dia mengangkat tangan untuk menyentuh muka Qin Chu, matanya memandang Qin Chu dengan lemah.
Sebenarnya, Qin Chu berasa takut separuh mati…
Dia mengabaikan orang lain di sekelilingnya dan segera melakukan CPR.
30 saat kemudian, Huo Mian tersedar semula…
"Kenapa kamu ada dekat sini?" tanya Huo Mian dengan lemah sebaik sahaja ternampak Qin Chu.
"Dr. Huo, nasib baik suami kamu datang, kalau tak, mesti keadaan jadi lebih teruk. Pesakit tu ada masalah mental. Dia jadi gila dan mula cederakan oang lain. Dia hampir cekik kamu sampai mati," jelas jururawat tersebut.
Huo Mian mengingat kembali apa yang berlaku dan kemudian bangun daripada pelukan Qin Chu…
Dia meletakkan tangannya di dahi dan berjalan terhuyung hayang…
Risau, Qin Chu segera mendekatinya untuk membantu.
"Mana pesakit tu?" tanya Huo Mian.
"Pihak keselamatan ikat dia, takut dia cederakan orang lain."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com