"Tak ke mana-mana Kak. Kami cuma kawan. Kenapa Kakak tanya?"
Huo Mian tidak gembira apabila membaca mesej Zhixin kerana dia merasakan Zhixin tidak jujur dengannya. Dia perasan betapa gatalnya Huang Yue dengan Zhixin. Huang Yue berumur 21 tahun dan Zhixin hanya 19 tahun. Dia tidak terlalu tua berbanding Zhixin, tetapi… Zhixin masih belajar dan Huang Yue sudah tahu erti kehidupan.
Perkara ini telah membuatkan semuanya menjadi lebih sukar. Huo Mian juga tidak mahu Zhixin bercinta ketika masih terlalu muda. Zhixin seorang lelaki dan masih belum mempunyai pendapatan yang stabil. Mana mungkin dia boleh bercakap tentang cinta?
"Tak ada apa-apa. Kakak cuma nak ingatkan kamu… kamu masih belajar dan masih tak tahu tentang masa depan kamu. Kalau kamu bercinta ketika masih muda, hubungan itu mungkin tak stabil. Akhirnya, kamu hanya akan terluka."
"Kak, saya faham maksud Kakak."
"Bagus."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com