webnovel

Undangan Janji Temu

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Entah kenapa jalan yang selalu dilalui Huo Mian luar biasa sesak pada hari ini. Akhirnya Huo Mian hilang sabar dan memandu di jalan tepi mengelilingi lebuh raya. Ketika dia memandu, Huo Mian melewati bangunan Syarikat GK. Bangunan pencakar langit itu bercahaya dengan lampu berwarna biru laut pada sebelah malam. Reka bentuk bangunan yang menyerupai Pusat Akuatik Negara itu sememangnya menarik. Ada yang mengatakan bangunan itu telah menjadi bangunan ikonik di bandar C dan perkara yang paling tidak masuk akal ialah apabila pelancong datang ke Bandar C, mereka akan menjadikan bangunan itu sebagai mercu tanda popular dan bergambar di bangunan tersebut. Huo Mian pernah bergurau dengan Qin Chu mengatakan GK sepatutnya melibatkan diri dalam industri pelancongan. Qin Chu dengan serius membalas yang dia tidak mempunyai masa sekarang dan akan mengambil kira hal itu pada masa akan datang.

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com

ตอนถัดไป