Suara itu bukan sahaja bergema dalam dalam minda Penjelmaan Kesyaitanan Meng Hao di Perikatan Lapan Cabang, tetapi juga di minda dirinya sebenar yang kini sedang terbang laju di udara menghala ke tempat itu.
Minda Meng Hao di dalam Penjelmaan Kesyaitanannya bergetar, tetapi riak wajahnya tidak berubah walau sedikit. Dia berpaling dan berjalan pergi perlahan-lahan. Pemeriksaannya pada formasi mantera itu dan kejutan secara tiba-tiba, tidak diketahui oleh orang lain di sekelilingnya. Sedang dia berjalan pergi, Deria Kedewaan yang terkena padanya perlahan-lahan hilang.
Di tengah malam hari, Meng Hao duduk diam di dalam khemah, matanya terpejam.
Sun Dahai sudah pun berada dalam keasyikan meditasi. Walaupun dia tidak seratus peratus senang dengan tempat ini, dia rasa tempat ini asasnya selamat. Dia lapan puluh peratus yakin Perikatan Lapan Cabang hanya berminat dalam perniagaan.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com