Mata Meng Hao mengecil ketika dia mendengar kata-kata itu.
"Boleh jadikah benda yang ditelannya tidak dicerna, tetapi hanya dikumpul?"
"Kau cuba hendak menipu aku? Berhenti bermimpilah. Huh." Intonasi jeli daging menjadi bijaksana, "Anak, kau telah tersasar jauh ke arah kejahatan. Insaflah dan selamatkan diri kau."
"Bertukarlah kepada apa sahaja yang boleh dan yang paling berkesan buat kau," kata Meng Hao riang. Dia masih berfikir tentang apa yang dikatakan jeli daging sebentar tadi dan apa yang dimaksudkannya. Dia harus mencari jalan untuk memperdaya jeli daging bagi memuntahkan semula helaian jed.
"Paling memberi kesan? Tak perlu fikir pun. Benda inilah yang paling mendatangkan kesan mendalam kepada diriku sepanjang hidup!" Jeli daging itu seperti menggertak gigi. Bunyi pop kedengaran dan tiba-tiba ia bertukar kepada...
Support your favorite authors and translators in webnovel.com