webnovel

Warisan Seorang Dewa!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Terdapat sebuah perisai di atas yang memustahilkan kita untuk keluar," katanya dengan selamba. "Aku tak boleh menembusinya. Tetapi selepas sebulan memerhatikannya, aku perasan kilat mungkin dapat menembusinya." Mata Chu Yuyan tidak lagi dipenuhi dengan kekecewaan. Sebaliknya, matanya bersinar dengan perasaan ingin terus hidup dan kelihatan agak menawan.

Meng Hao mengangkat tangannya ke udara dan membuat pergerakan untuk menyambar. Seekor ular kapak berbisa mendesis terbang ke arahnya, Meng Hao mencengkamnya dengan kemas dan menekan jarinya pada titik yang lemah di kepala ular.

Sambil memegang ular, dia memandang Chu Yuyan dengan tenang. Tanpa menjelaskan apa-apa, dia berjalan ke hadapan dan meraih pinggang Chu Yuyan yang lembut. Muka Chu Yuyan menjadi merah. Disebabkan pakaiannya compang-camping, tangan Meng Hao mendarat terus pada kulitnya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter