Ye Wan Wan terus mencatat nombor telefon berkenaan.
Rantaian nombor ini agak pelik dan kelihatan bukan nombor telefon domestik.
Selepas ragu-ragu untuk seketika, Ye Wan Wan menggunakan telefon bimbitnya untuk menghubungi nombor pelik ini.
Namun, talian sibuk yang kedengaran di hujung talian itu telah menyebabkan hati Ye Wan Wan tenggelam lebih jauh ke dalam kolam ais.
Ye Wan Wan menghubungi Ye Mu Fan.
"Apa?" tanya Ye Mu Fan.
"Abang, tolong saya tengokkan nombor ni…" Ye Wan Wan tidak membuang masa dan terus memberitahu nombor berkenaan.
"Nombor apa ni? Peliknya… ni tak nampak macam nombor domestik atau dari negara berdekatan… nombor telefon macam ni wujud ke?" Ye Mu Fan kedengaran terkejut.
"Tolong saya siasat," arah Ye Wan Wan.
"Kejap, jangan putuskan talian dulu." Ye Mu Fan terus menghidupkan komputernya dan memasukkan nombor telefon berkenaan.
"Tak guna…" Suara terkejut Ye Mu Fan kedengaran seketika kemudian.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com