Gong Xu terus melupakan semua rungutannya dan matanya bercahaya apabila dia merenung Ye Wan Wan, mahukan lebih banyak pujian. "Cepat beritahu saya, Abang Ye. Macam mana saya nampak lebih tampan?"
Ye Wan Wan berfikir sejenak sebelum menjawab, "Hmm… kalau awak dulu anjing, sekarang… awak serigala."
Gong Xu terduduk. "Wuuu, Abang Ye, sampai hati awak kutuk saya macam ni…"
Ye Wan Wan terkedu. "Saya puji awak! Boleh awak fokus dekat perkara utama tak?"
Gong Xu menyambung bertanya, "Jadi macam mana dengan Luo Chen?"
Ye Wan Wan berfikir sejenak sebelum menjawab, "Luo Chen… perubahan dia tak begitu drastik macam awak!"
"Ahahaha… saya dah agak!" Gong Xu tiba-tiba ketawa kuat.
Ye Wan Wan terkedu sekali lagi. 'Perubahan drastik tu sesuatu nak dibanggkan ke?
'Bukan perubahan drastik bermakna dia begitu teruk dulu ke sebelum ni?'
Support your favorite authors and translators in webnovel.com