Ye Wan Wan menjadi lebih ingin tahu setelah melihat wajah rumit Jiang Yan Ran. "Kenapa?"
Jian Yan Ran menutup matanya dengan terpaksa dan berkata dengan sekali nafas, "Saya dah panjat dinding!!!"
Ye Wan Wan tersedak dan mula batuk. "Ahem… um… awak panjat dinding?"
Dalam dunia idola, memanjat dinding bermakna mula menyukai dan bergerak kepada selebriti lain.
Ye Wan Wan sangat terkejut. Jiang Yan Ran sangat menyukai Han Xian Yu, tetapi dia telah memanjat dinding? Selebriti manakah yang begitu menawan ini?
"Ya!" Jiang Yan Ran menunduk kepalanya tetapi tetap mengangguk kepalanya dengan tegas.
Chu Feng mengangguk di sisi Jian Yan Ran. "Saya juga dah panjat dinding dengan Yan Ran! Dinding baru kami sangat tampan!"
Ye Wan Wan sudah kehilangan kata-kata. Dia menyangka Jiang Yan Ran akhirnya telah menumpu perhatian kepada teman lelakinya, Chu Feng. Tetapi rupa-rupanya, gadis itu hanya telah menukar sasarannya.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com