webnovel

Culik Budak untuk Berseronok

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas Ye Wan Wan berbual lama dengan Pengajar Lei dan meninggalkan bergunung pesanan kepada Gong Xu, dia ternampak Luo Chen berdiri di satu sudut. Dia terus mendapatkan lelaki itu.

"Abang Ye!" Luo Chen terus mendongak sebaik sahaja ternampak Ye Wan Wan berjalan ke arahnya.

"Luo Chen, saya tak perlu risau pasal awak, jadi saya tak ada apa-apa nak pesan dekat awak. Buat yang terbaik, ya?" kata Ye Wan Wan.

Luo Chen berasa kecewa kepada Ye Wan Wan yang selalu memberi perhatian kepada Gong Xu, malah berjanji akan berpakaian perempuan untuk lelaki itu. Tetapi kekecewaan lelaki itu terus hilang selepas mendengar kata-kata Ye Bai. "Baik, Abang Ye!"

Selepas membawa Gong Xu dan Luo Chen ke latihan khas, bebanan kerja Ye Wan Wan akhirnya surut, membenarkan dia mempunyai lebih masa untuk bermain dengan Tang Tang.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter