Setelah melihat Ye Wan Wan begitu tenang, Si Ming Li mencemuh dingin. 'Perempuan ni boleh ketawa di masa macam ni?'
"Pak Cik Keempat, awak dah berusaha keras dan merancang dengan terperinci untuk tangkap saya. Ini kali ketiga awak hantar askar upahan untuk culik saya, kan?" tanya Ye Wan Wan.
Sebelum ini ialah askar upahan bergred C. Ye Wan Wan tidak perlu berfikir lama untuk mengetahui yang dalangnya adalah Si Ming Li. Manakala untuk kali pertama, dia hanya berjaya melepaskan diri terima kasih kepada lelaki berambut putih.
"Kali ketiga?" Si Ming Li terkejut.
Termasuk askar upahan bergred C yang dia upah kali terakhir itu, itu hanya dua kali. Bila kali ketiga?
"Saya rasa saya hanya cuba tangkap awak dua kali sahaja. Awak mungkin dah singgungkan perasaan orang lain, itu bukan kerja saya," Si Ming Li mengejek.
Ye Wan Wan mengerutkan keningnya. Seperti yang dijangka.
สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com