webnovel

Awak Nak Pergi?

Editor: EndlessFantasy Translation

Feng Yi Ping turut bersuara, "Puan Tua, keluarga Mu ialah rakan kongsi penting Syarikat Si. Kita patut sediakan pasangan yang lebih berpengalaman untuk pergi bersama dengan Tuan ke-9!"

Walaupun Feng Yi Pin tidak menyebut namanya, dia sudah tentu sedang merujuk kepada Qin Ruo Xi.

Puan Tua melirik kepada dua orang itu. "Tahun-tahun sebelum ni, Si Kecil ke-9 pergi seorang diri dan tak ada masalah, bukan?"

'Dulu dia tak ada perempuan tu, sekarang dia ada. Macam mana dua tu perkara yang sama?'

Jika Si Ye Han membawa seorang pasangan perempuan di majlis seperti ini, maksudnya juga akan berbeza.

Si Ming Li terus berkata, "Kakak, Tuan ke-9 pergi seorang diri dulu, sudah tentu tak ada masalah. Saya risau kalau seseorang tu nanti tak adab dan layan tetamu kehormat kita dengan biadab! Apa pun, Cik Ye hanya pasangan kekasih Tuan ke-9 sekarang, dia hanya teman wanita. Saya tak rasa dia layak lagi terima tetamu kehormat ini dengan Tuan kita…"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter