"Hng!" Si Ming Rong mendengus dingis. "Xu Chang Kun, awak masih berani menyebelahi Xu Yi pada masa genting seperti ini. Seluruh keluarga Xu akan terbabit untuk kejadian kali ni!"
Wajah Xu Chang Kun berubah merah apabila dia membentak marah, "Macam mana saya tak kenal anak lelaki saya sendiri?!"
"Betul awak kenal?" Si Ming Rong melempar dokumen coklat itu ke kaki Xu Chang Kun.
Lelaki itu membongkok mengambil dokumen berkenaan dan menyelaknya dengan teliti.
Wajah Xu Chang Kun berubah menjadi lebih gelap dengan setiap selakan. Apabila dia habis membaca semua maklumat itu, wajahnya berubah kecewa. Dia berundur beberapa langkah sambil melihat Xu Yi dengan tidak percaya.
"Xu Yi… awak… awak…" Hati teguh Xu Chang Kun mula goyah.
Tak apa jika Xu Yi difitnah, tetapi maklumat dalam fail ini tidak mungkin salah. Walaupun Si Ye Han sendiri cuba membela Xu Yi, ia pasti sia-sia…
"Ayah, saya difitnah, saya memang tak buat… saya tak pernah buat!"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com