webnovel

Jangan Tinggalkan Saya

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

"Ayah dengan Ibu jangan risau. Nanti saya akan pujuk Abang." kata Ye Wan Wan sambil pandangan dingin dilihat sekilas dalam mata gadis itu.

Dengan abang dia berkelakuan seperti itu, jika dia mahu menyedarkan abangnya, dia perlu melakukan sesuatu yang drastik. Dia perlu sediakan satu rancangan yang bagus…

"Wan Wan, bagus betul budak ni!" Melihat anak perempuannya menjadi begitu bertimbang rasa, Liang Wan Jun dan Ye Shao Ting berasa lega.

Villa ini mempunyai penjaga rumah khusus yang akan memastikan penjagaan rumah ini dijaga rapi setiap bulan. Jadi walaupun sudah lama orang tidak tinggal di sini, ia masih sangat bersih dan kemas.

Semua perabot mahal dalam rumah ini telah dilelong, tetapi barangan lain masih ada di sini.

Ye Wan Wan melihat tempat yang begitu dikenalinya itu dan matanya berkaca.

'Aku akhirnya dah balik…'

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com

ตอนถัดไป