Han Xian Yu tidak tahu yang kata-katanya telah membongkar segala-galanya dan terus menyambung, "Awak hanya goda saya dengan Kak Xin tapi kawan awak ni lebih teruk. Lelaki besar seperti dia telah diambil kesempatan oleh awak. Awak memang tak buat apa-apa kepada dia, kan?"
Ye Wan Wan. "..."
'Jadi, semua kesan di tubuh Si Ye Han tu aku yang buat?
'Berhenti bercakap, jangan ganggu aku…'
Han Xian Yu merasakan sesuatu yang tidak kena dengan suasana di dalam ruma itu. Jadi dia mengundur diri selepas memberikan sarapan.
Dalam sekelip mata, hanya tinggal Ye Wan Wan dan Si Ye Han sahaja di dalam pangsapuri itu.
Ye Wan Wan berkira-kira sama ada mahu meluru keluar atau merayu meminta ampun. Selepas beberapa ketika, dia tidak berani membiarkan perkara ini berlarutan seperti ini. Jadi, berjalan menghampiri dengan berhati-hati. "Baby… saya yang salah… saya yang tak senonoh… saya tak bermoral… saya orang tak guna…"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com