Berbeza dengan tubuh Han Xian Yu yang telah menjalani rutin kecergasan yang ketat, setiap kontur di tubuh lelaki itu mempunyai daya tarikan dan kelihatan bersahaja. Ia sangat sempurna seperti satu karya seni agung. Lebih-lebih lagi apabila dia sedar, nafsu kepada lelaki itu masih berbaki dalam dirinya. Tetapi mata lelaki itu sangat dingin seperti ais yang tidak akan cair…
'Tak guna… aku betul-betul dah mabuk ke ni?'
Ada begitu banyak jejaka-jejaka tampan di sini, tapi dia masih berkhayal mengenai tubuh bogel Si Ye Han dan sewaktu dia cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya seperti lelaki itu mahu menelan dirinya hidup-hidup…
Cukup, cukup, cukup! CUKUP!
Ye Wan Wan menggeleng kepalanya, cuba mengusir jauh semua imej provokatif itu jauh ke dalam benak fikirannya.
Han Xian Yu kembali semula selepas berenang beberapa pusingan dan berjalan ke arahnya dengan titisan air yang masih bersisa di tubuhnya.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com