webnovel

Kedudukan Kelas: Nombor Satu!

Editor: EndlessFantasy Translation

Dengan pelajar ini yang menghabiskan terlalu banyak masa, kesabaran Liang Li Hua semakin menipis.

Dia menyelak slip keputusan kepada halaman seterusnya.

Namun, beberapa ketika kemudian, apabila dia melihat markah Bahasa, Liang Li Huan terpegun. Dia menggumam tidak percaya, "Bahasa… 150 markah…"

Pelajar di bawah podium dengan keliru melihat satu sama lain selepas mendengar kata-kata Liang Li Hua.

"Apa Cikgu kata? 150 markah apa?"

"Adakah Cikgu tersilap cakap?"

"Uh, 0 markah berbanding dengan 150 markah, yang mana satu awak rasa yang silap?"

Liang Li Hua melihat helaian itu berulang-ulang kali. Markah itu amat jelas; dia juga cuba mengira semua markah itu dan betul ia markah penuh.

Dia menyangka dia memegang slip keputusan yang salah dan cuba menyemak halaman depan tapi ia masih betul, pada halaman depan ialah nama Ye Wan Wan!

Liang Li Hua mengerut keningnya, dengan rasa syak yang tinggi dia menyelak satu lagi halaman. Apabila dia sampai ke halaman ketiga, dia lebih terkejut.

Pada halaman ketiga keputusan Bahasa Inggeris ––'dia telah mendapat 150, markah penuh lagi!

'Bagaimana ini boleh berlaku!?'

Dia yang mengajar kelas Bahasa Inggeris dan kali ini, dia telah menanda kertas jawapan kelas A. Tiada seorang pun di dalam kelas itu mendapat markah penuh –– malah markah tertinggi hanyalah 148. Tetapi transkrip Ye Wan Wan menyatakan dia sebenarnya mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris?

Liang Li Hua menyelak lagi.

Apabila dia sampai ke halaman Seni Liberal, Liang Li Hua betul-betul terkejut dan terus terbungkam…

Markah Ye Wan Wan untuk Seni Liberal adalah : Sejarah 100 markah, Politik 100 markah dan Geografi 100 markah! Markah penuh 300 markah!

Dan pada halaman terakhir yang menunjukkan kedudukan kelas, ia menyatakan –– Ye Wan Wan, kedudukan kelas: 1!

"Cikgu, awak masih belum sebut keputusan dan kedudukan saya," kata gadis dari barisan akhir itu dengan mata dingin.

Liang Lia Hua memegang slip keputusan itu dengan kejap, wajah bertukar semakin suram dengan setiap detik sebelum akhirnya, dia meletus marah. "Ye Wan Wan! Awak memang berani! Berani awak menipu!!!"

Seperti sudah menjangka reaksi Liang Liang Hua, Ye Wan Wan bertanya dengan bersahaja, "Kenapa awak rasa saya menipu?"

Wajah Liang Li Hua tidak begitu senang, dia membalas, "Ah, awak tak tipu? Jika awak tidak menipu, bagaimana awak boleh mendapat 150 markah untuk Bahasa?! 150 markah untuk Bahasa Inggeris! 300 markah untuk Seni Liberal! Atau di kedudukan pertama dalam kelas!?"

Mendengar semua yang dikatakan oleh Liang Li Hua, satu kelas terkejut.

"Celaka! Apa? Markah penuh dalam Bahasa, Bahasa Inggeris, dan Seni Liberal?"

"Dan berada di tempat pertama? Ye Wan Wan? Awak bergurau! Bagaimana ia mustahil?!!!!"

"Dia pastinya telah menipu!"

"Awak kata saya menipu, awak ada bukti?" balas Ye Wan Wan.

Liang Li Hua ketawa dingin. "Adakah kami perlu bukti?! Ye Wan Wan, awak ingat kami semua ini bodoh?"

"Jadi boleh saya bertanya jika ada sesiapa lagi yang mendapat markah penuh untuk semua subjek ini? Jika saya seorang sahaja, sila terangkan bagaimana Cikgu tahu saya menipu?" Ye Wan Wan menembak soalan demi soalan kepada gurunya.

Liang Li Hua bersungut, "Awak dengan niat jahat telah menukar markah. Dengan otak seperti awak, walaupun awak dibenarkan untuk menyalin semua jawapan, awak tak akan boleh salin dengan betul!"

Pelajar lain mengangguk tanda setuju. Jika Ye Wan Wan menyelinap masuk ke bilik staf untuk menukar markah, semua ini masuk akal.

"Berani sungguh perempuan ini!"

"Dia fikir dengan menukar markah pada transkrip boleh mengubah kertas peperiksaan juga? Bodoh betul!"

"Kebenaran pasti akan terbongkar jika kertas dia di semak semula! Dia boleh mengubah transkrip tapi bukan kertas peperiksaan!"

...

Next chapter