webnovel

Saya Merindui Kamu

Editor: EndlessFantasy Translation

Dia menatap Mubai dan bertanya, "Macam mana keadaan kamu?"

Mubai tersenyum. "Saya baik-baik saja, maaf sebab risaukan kamu."

"Tak apa, asalkan kamu tak apa-apa." Xinghe tersenyum. Senyumannya bagaikan sekuntum bunga yang mekar selepas musim sejuk. Mata Mubai tiba-tiba menggelap. Dia memanjangkan jarinya untuk mencubit dagu Xinghe dan menaikkannya. Sejurus selepas itu, dia mencium dan menjilat leher Xinghe...

Anak mata Xinghe bergetar!

Lehernya adalah satu titik sensitif. Dia berasa keliru dan cemas sewaktu Mubai mencium-cium kulitnya di bahagian itu. Mubai nampaknya dapat berasakan perasaan cemas Xinghe kerana dia tiba-tiba berhenti dan menarik Xinghe untuk memeluknya. Setelah dipeluk oleh lengan Mubai yang kuat, Xinghe berasakan dirinya stabil semula.

"Saya rindukan kamu dalam beberapa hari kebelakangan ini," kata Mubai sambil meletakkan mukanya di leher XInghe. Xinghe dapat berasakan nafas Mubai yang panas.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter