Terdapat pelbagai tiub nipis yang disambung pada tubuhnya. Cecair darah merah mengalir di antara tubuhnya dan mesin yang disambungkan.
Mesin kardiografi besar di sebelahnya menunjukkan garis lurus yang bermaksud hampir tiada pergerakan. Jika seseorang tidak melihat dengan lebih dekat, ia kelihatan seolah-olah seperti garisan yang mendatar.
Xinghe membeliakkan mata untuk memerhatikan garisan tersebut, seolah-olah ia garisan nyawanya sendiri.
Lu Qi menjelaskan, "Saya menggunakan alat perubatan terbaru buat sementara waktu supaya dia terus hidup. Mesin-mesin itu membantu mengepam jantung dan peredaran darah dia. Nampaknya ia berfungsi, tetapi sama ada ini akhirnya akan menyembuhkan dia, itu saya masih belum pasti."
Hampir tercekik, Xinghe berkata, "Tak kira apapun, kamu mesti pastikan dia hidup."
Lu Qi mengangguk. "Sememangnya. Jangan risau, saya tak akan berputus asa, saya akan melakukan yang terbaik untuk selamatkan dia."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com