webnovel

Bunuh Xi Munan

Editor: EndlessFantasy Translation

Sewaktu dia berkata demikian, aura kejahatan terpancar pada mata Saohuang. Dia memandang Sun Yu dan meneruskan, "Kamu akan bertanggungjawab untuk operasi ini."

"Saya?" Sun Yu berasa terkejut.

Saohuang mengangguk. "Ya betul. Pangkalan utama Sindiket IV telah dimusnahkan dan rakyatnya berada dalam keadaan huru-hara. Saya tak boleh bergantung kepada mereka. Sekarang ini, satu-satunya orang yang boleh saya percaya adalah kamu."

Sun Yu turut mempunyai geng penjenayah di bawah arahannya, oleh itu Saohuang perlu bergantung kepadanya.

Sun Yu mengangguk. "Okey, operasi jenis apa ni?"

"Mestilah pembunuhan. Xi Munan adalah rakan subahat kamu. Demi memastikan yang dia tidak mengkhianati kamu dan orang kamu, kamu perlu membunuh dia demi menutup mulutnya. Mudah sahaja," kata Saohuang.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter