Lelaki ini telah menghancurkan hidup Xia Meng tetapi sekarang dia berani hendak meminta sejumlah duit yang banyak untuk perceraian.
Xinghe berasa curiga, bagaimana dia boleh menjadi begitu tidak tahu malu sekali?
Dia tidak layak bergelar manusia, dia lebih sesuai digelar seekor binatang!
"Jadi berapa jumlah yang kamu mahukan?"
Xinghe bertanya perlahan-lahan, dia hendak melihat betapa tidak tahu malunya binatang di hadapannya ini.
Ye Shen memandang Xinghe dengan perasaan teruja dan membuka tapak tangannya.
"5,000, 000 RMB?"
"Dengan tambahan dua sifar."
'Lima ratus juta, si babi ini mahu lima ratus juta‽'
"Baik kamu pergi rompak bank," Xinghe memerli.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com