webnovel

Kamu Terlalu Banyak Berdosa

Editor: EndlessFantasy Translation

Bagi pendapat mereka, Wu Rong juga agak meyakinkan…

Terukir senyuman di bibir Xinghe lalu menambah. "Kamu kata saya punya palsu, dan kamu punya tulen?"

"Betul tu." Wu Rong berpura-pura bimbang dan berkata, "Xinghe, kamu memang anak yang menyusahkan. Saya sudah cuba membiarkan saja perlakuan kamu ketika kamu berada di luar sana melakukan perkara keji merosakkan nama baik keluarga ayah kamu. Sekarang kamu kembali untuk memalukan ibu tiri kamu? Sampai hati kamu? Saya tidak boleh berdiam diri lagi, walaupun ini melanggar janji saya kepada mendiang ayah kamu tapi saya bersumpah akan mendedahkan penipuan kamu sekarang. Jika tidak kamu akan menjadi lebih teruk!"

"Betul tu." Xinghe turut bersetuju lalu mengangguk. "Penipuan memang seharusnya didedahkan."

"Kamu pun sedar kesilapan kamu? Jadi berikan geran palsu itu kepada saya, atau saya akan panggil polis!"

"Tidak perlu."

Wu Rong muram lalu bertanya, "Tidak perlu untuk apa?"

Kedengaran bunyi siren kereta peronda dari luar. Xinghe berkata, "Tidak perlu untuk memanggil polis, saya sudah panggil untuk kamu."

Wajah Wu Rong pucat memutih dan reaksinya menjadi sangat janggal.

Dia tidak menyangka Xinghe betul-betul telah memanggil polis.

Dasar perempuan liar, bila masa pula dia memanggil polis?

Wu Rong merenung tajam ke arah Xinghe seolah-olah ingin menelan dia bulat-bulat.

Xinghe pula, tetap tenang seperti air. Gayanya seperti mengatakan semua perkara berada dalam kawalannya.

"Wu Rong, kita biar saja polis yang tentukan geran siapa yang palsu." Xinghe menjeling Wu Rong dan menyebut perkataan itu satu per satu. Wu Rong menjadi semakin pucat dengan setiap perkataan itu.

Geran yang ada padanya adalah palsu dan semestinya dia tidak mahu polis untuk mengetahui hal itu.

"Puan, polis ada di sini…" Suara panik Puan Chan kedengaran dari bawah.

Wu Rong terus mengoyakkan dokumen yang ada di tangannya. Xinghe memberi arahan. "Hentikan dia!"

Kedua pengawal itu bertindak spontan lalu meluru ke arah Wu Rong. Namun mereka terlambat kerana Wu Rong sudah pun menyumbat cebisan kertas bersama maklumat palsu ke dalam mulutnya.

Dua lelaki itu bingung dengan tindakan Wu Rong itu.

Wu Rong menelan kertas itu, mukanya berkerut sewaktu bertindak sedemikian.

"Saya takkan membiarkan kamu ada bukti!" kata Wu Rong dengan renungan tajam ke arah Xinghe.

Xinghe senyum sombong. "Saya tidak memerlukan bukti itu, ia terlalu kecil. Kamu telah melakukan dosa yang lebih besar, jadi jangan bimbang, masa kamu akan tiba."

Xinghe masih ada banyak cara tapi belum sampai masa untuk menggunakan cara itu lagi.

Motifnya hari itu cuma untuk menghalau Wu Rong dari vila itu, bukan untuk menghancurkannya. Bagi menghancurkan Wu Rong, itu akan ditangguh dahulu.

Wu Rong sedikit pun tidak gentar dengan amaran yang diberikan Xinghe.

Dia tersengih dengan keji. Dia mungkin kalah dengan Xinghe kali ini tapi lain kali, dia akan membalas perbuatan perempuan liar itu dua kali ganda.

"Siapakah Xia Xinghe?" polis masuk ke dalam bilik bacaan dan terus bertanya.

Xinghe mengangguk. "Saya."

"Kenapa cik memanggil polis?"

"Seseorang telah duduk di rumah saya tanpa kebenaran bertahun-tahun lamanya dan enggan pergi apabila saya minta dia untuk pergi dengan sopan. Jadi saya tiada pilihan lain selain memanggil polis. Saya minta maaf kerana menyusahkan."

Xinghe merenung tepat pada Wu Rong ketika memberikan penjelasan itu. Bagaikan melihat lalat degil yang menjengkelkan.

Wu Rong tahu, dia tidak boleh tinggal di situ lagi.

Walaupun polis tidak boleh berbuat apa tapi dua pengawal itu boleh. Walaupun dia boleh memburukkan nama Xinghe dengan menyebarkan berita perbuatan derhaka Xinghe kepada orang ramai, tapi namanya sekali akan menjadi buruk. Dia sangat sedar dia sangat tidak bersopan sepanjang pertemuan mereka itu.

Setelah bertahun kerja keras, dia akhirnya berada di golongan atasan masyarakat jadi dia perlu menjaga reputasinya.

Tambahan lagi, anaknya baru sahaja berkahwin.

Keluarga birasnya juga daripada golongan orang yang berada. Dia tidak akan mahu melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan air mukanya.

Next chapter