webnovel
avataravatar

Apa Pendapat Kamu?

Editor: EndlessFantasy Translation

Layak dapat yang lebih baik…

Ou Ming ketawa kecil lalu menumbuk bahu Li Sicheng. Tanpa berkata apa-apa, dia senyum dan melambaikan tangannya sebelum masuk semula ke rumah lama untuk mengambil begnya. Setelah itu Ou Ming terus beredar bersama kereta Lamborghini hitamnya.

Li Sicheng berjalan ke arah kolam renang. Sudah lama dia tidak berenang di situ. Dia teringat Su Qianci tidak pandai berenang.

Apa yang kamu buat di situ?

Li Sicheng membayangkan pelbagai perkara dalam fikirannya. Hadiah untuknya pasti sesuatu seperti baju basah? Dia berjalan semakin pantas sambil tersenyum sendiri. Namun apabila tiba di kolam renang itu, suasana di situ gelap gelita. Seolah-olah… tiada apa-apa. Li Sicheng berdiri kaku di tempatnya selama beberapa minit, tetapi senyumannya semakin lebar.

Tiba-tiba lampu di sekelilingnya mula bernyala. Cahaya yang tiba-tiba itu menyilaukan dan membuat Li Sicheng mengecilkan matanya. Dia sudah menjangkakan perkara itu, tetapi tetap terkejut. Kemudian cahaya kuning muncul dari dalam kolam dan menjadikan seluruh kolam itu kelihatan berwarna emas. Di dasar kolam itu beberapa lampu LED kecil dibentuk menjadi beberapa perkataan. Li Sicheng menjenguk ke dalam kolam itu dan melihat namanya dengan jelas. 

[Li Sicheng, saya cintakan kamu] Di tengah-tengah kolam itu, kelihatan buih-buih terapung bersama satu kotak di tengah-tengahnya. Kotak besar berwarna merah itu diikat dengan riben dan kelihatan cantik serta misteri. Satu benang yang panjang bersambung dengan riben itu. Li Sicheng melihat benang itu dan mendapati hujungnya yang satu lagi berada di bawah kakinya.

Li Sicheng mengambil benang itu lalu menariknya perlahan-lahan. Buih-buih bersama kotak itu bergerak ke arahnya. Li Sicheng mengambil kotak itu lalu menarik riben yang mengikatnya. Di dalam kotak itu, terdapat satu ukiran tanah yang besar.

Di atas ukiran itu kelihatan tiga cetakan tangan yang kecil dan satu cetakan tangan yang sedikit besar.

"Sen,""Yue""Qian" ditulis di bawah cetakan tangan yang kecil manakala "Ci" ditulis di bawah cetakan tangan yang besar.

Di bawah ukiran itu kelihatan satu papan putih yang kecil. Di atasnya kelihatan tulisan berwarna-warni yang comot: Papa, selamat hari jadi. Sayang Papa, Ersu.

Li Sicheng memandang semua itu dengan penuh perasaan sayang. Di lubuk hatinya yang paling halus, seakan ada satu unggun api yang menghangatkannya. Anak-anaknya dan isterinya.

Bahagia…

Kedengaran bunyi tapak kasut tumit tinggi di belakangnya. Li Sicheng mengangkat kepalanya lalu berdiri sebelum memusingkan badannya.

Su Qianci sedang memakai baju gaun berwarna merah yang tidak kelihatan seperti gayanya. Baju tanpa lengan dengan belakang yang terdedah itu menonjolkan bentuk tubuh cantik Su Qianci dengan sempurna. Su Qianci tersenyum melihat suaminya. Li Sicheng memandang isterinya lalu ketawa dengan bahagia.

Su Qianci mendekati Li Sicheng lalu memeluk lehernya dan senyum dengan penuh menggoda. Matanya yang besar merenung suaminya itu. "Encik Li." 

"Puan Li," Li Sicheng meletakkan dahinya pada dahi isterinya. Suaranya sangat lembut. "Kamu yang buat semua ni?"

Su Qianci tersenyum dan bertanya kembali, "Apa pendapat kamu?"

Li Sicheng memeluk pinggang Su Qianci dengan tangannya yang besar. Senyumannya semakin lebar. Dia berkata dengan suara yang perlahan dan menarik, "Saya cintakan kamu juga."

Kemudian dia terus mencium bibir isterinya dengan lembut. Pelukannya semakin erat. Ciuman itu ialah ciuman yang ringan. "Apa yang saya terima hari ni ialah hadiah terbaik saya pernah terima sepanjang hidup. Tapi perkara yang lebih terbaik lagi ialah orang yang berada di hadapan saya sekarang, Puan Li."

Next chapter