webnovel

Seseorang yang Dikenali

Editor: EndlessFantasy Translation

Nenek Song bertanya soalan itu kepadanya sambil menangis. Wanita tua yang sudah bongkok dan mempunyai demensia ringan itu masih mengingati Rong Xuan dengan jelas.

Pernah tak kamu rasa menyesal?

Tetapi Rong Xuan langsung tidak kelihatan seperti tersentuh hati dengan soalan itu. Dia hanya menjeling sekilas Su Qianci dan berkata sinis, "Kenapa saya perlu menyesal? Song Yifan dah tak mahu berkahwin. Tapi apa kaitannya dengan saya? Tanpa saya pun semua orang masih boleh gembira. Kenapa pula saya dipersalahkan atas kejatuhan keluarga Song? Pergi balik dan beritahu Song Yifan, Rong Xuan tak ada apa-apa hutang dengan dia!"

Walaupun sudah menjangkakannya, Su Qianci masih berasa geram mendengar kata-kata Rong Xuan. Tak berbaloi, sangat tak berbaloi! Wanita yang berada dalam ingatan Song Yifan, Sheng Ximing dan Nenek Song selama lebih 20 tahun telah menjadi seseorang yang sebegini! Kemarahan mula meluap-luap dalam hati Su Qianci ketika dia mula membentak. "Kamu sungguh tak mengenang budi! Kalau ayah dan nenek saya tak tumpangkan kamu di rumah mereka, kamu ingat kamu masih hidup?"

Tangan Rong Xuan bergerak-gerak sedikit. Dia menarik nafas dalam dan berpaling ke arah lain lalu berkata dengan suara yang perlahan tetapi dingin, "Kamu tak boleh cakap macam tu. Saya dah berikan mereka anak dan cucu, kan?"

"Saya…"

"Kamu darah daging keluarga Song bukan?" Rong Xuan memintas kata-kata Su Qianci dan memandangnya dengan dingin. "Pergi balik. Saya ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan."

Tidak, bukan dia. Dia bukan anak Song Yifan dan mereka langsung tiada pertalian darah.

Su Qianci baru sahaja hendak membantah ketika Li Sicheng menariknya. "Mari pergi." Mata lelaki itu kelihatan bersinar seperti bulan dan bintang. Li Sicheng ada sesuatu yang mahu diberitahu kepadanya. Su Qianci terdiam dan mengikut suaminya keluar.

Mereka masih belum jauh ketika mendengar suara dingin Rong Xuan, "Rong Haiyue, kamu seronok dengan semua ni?"

"Rong Xuan bercakap bohong. Dia sedang menipu Rong Haiyue," Su Qianci memegang lengan suaminya dan berkata dengan marah. "Nampak jelas dia tahu yang saya tak ada pertalian darah dengan Ayah, tapi dia tak bagi saya habis bercakap dan suruh kita pergi. Mungkin sebenarnya saya…"

Mungkin sebenarnya dia anak Rong Haiyue? Anak mereka sekarang, Rong Anna sebenarnya tidak mirip dengan kedua-dua ibu bapanya. Wajah Rong Haiyue dan Rong Xuan cantik dan kecil, manakala wajah Rong Anna lebih runcing dan kelihatan seperti gadis daripada minoriti etnik.

"Ya, dia menipu," Li Sicheng menyokong. "Ujian DNA akan dapat buktikan sama ada ia benar atau tidak. Saya rasa Rong Haiyue dan dapat meneka perkara sebenar dan dia pasti akan lakukan sesuatu."

"Tidak. Saya cuma datang untuk berterima kasih, bukan untuk cari ayah kandung saya," Su Qianci bermain-main dengan bajunya. "Kalau saya bukan anak kandung dia, saya tak kisah. Tapi kalau saya memang anak kandung Rong Haiyue, macam mana dengan Ayah Song?"

"Saya rasa bukan itu yang patut kamu risaukan sekarang," kata Li Sicheng sambil memandang ke arah pagar rumah keluarga Rong.

Kelihatan Rong Anna berlari keluar dari rumahnya. Ketika itu juga, sebuah kereta sport lalu di belakang mereka. Su Qianci berpaling dan kemudian melihat seorang lelaki keluar dari kereta itu. Mata Su Qianci mengecil ketika dia merasakan orang itu dikenalinya. Lelaki itu menyedari renungan Su Qianci dan menoleh ke arahnya. Sebaik sahaja melihat Su Qianci, dia kelihatan terkejut tetapi segera tersenyum. "Hai."

Next chapter