webnovel

Bapa Angkat

Editor: EndlessFantasy Translation

Setiap orang di dalam kumpulan itu merupakan pakar dalam apa yang mereka lakukan. Jadi, wajah Su Qianci terus malu-malu selepas dipuji.

"Memang hebat." Song Yifan berjalan menghampirinya dan bertanya, "Dah berapa lama main biola ni?"

"Tiga… Empat tahun…"

Sudah tentulah itu semasa di kehidupan lampaunya.

"Pencapaian hebat dalam masa yang singkat… Bakat sebegini..." Pemain biola itu tertawa dan memandang sekeliling. Walaupun dia tak menyatakannya, semua orang tahu apa yang dia maksudkan.

Mendengar kata-kata pemain biola itu, wajah Song Yifan menjadi kemerah-merahan kerana teruja dan berkata, "Kamu nak main sekali lagi? Mari kita main sama-sama."

"Okey."

Song Yifan dan Su Qianci berhubung dengan baik seolah-olah mereka pernah berlatih bersama-sama sebelum ini.

"Hebat!" Pemain biola itu bertepuk tangan. "Kalau tak kerana Song Yifan belum pernah berkahwin, saya percaya kalau awak kata awak ni anak dia."

Su Qianci memandang Song Yifan.

"Janganlah bergurau macam tu." Walaupun Song Yifan berkata begitu, dia tersenyum lebar. Dia sememangnya gembira mendengar komen itu.

Semua rakan-rakan sekerjanya mengenali Song Yifan dan seseorang terus berkata, "Bila awak sebut, memang betullah mereka ni nampak seiras, terutama sekali bahagian mulut."

"Ya, betul tu. Dia pun nampak serupa macam wanita dalam gambar yang Yifan simpan dalam beg duitnya."

"Betul tu. Entah entah…"

Semua orang memandang mereka. Su Qianci tersenyum tapi tak berkata apa-apa. Song Yifan risau yang Su Qianci akan jadi marah dan segera berkata, "Sudah-sudahlah tu. Nama keluarga ibunya ialah Su."

"Jadi, kamu ambil nama keluarga ibu kamu? Apa jadi dengan ayah kamu?" Seseorang bertanya dan menerima jelingan daripada Song Yifan.

Su Qianci tidak kisah pun dan berkata dengan jujur, "Saya tak ada ayah. Ibu saya tinggalkan saya di rumah anak yatim semasa saya kecil."

"Teruk betul. Tapi, disebabkan kamu tak ada ayah, dan Yifan memang selalu inginkan anak perempuan, dia boleh jadi ayah angkat kamu."

"Betul tu!"

Semua orang bersorak, tapi Song Yifan rasa agak sakit hati dan berkata, "Cukuplah tu. Su Qianci ni tetamu saya dan konsert ini akan bermula. Berhentilah buat benda bukan-bukan."

"tetamu? Adakah dia akan turut sama bermain dengan kita?" Seseorang bertanya.

"Rasanya, dia patut sertai kita. Dia bermain biola sebaik Anna."

"Apa pendapat kamu, Qianci?"

Bila semua orang memandangnya, Su Qianci menjadi gugup. "Tak menyusahkan ke? Saya risau saya tak berapa pandai main…"

Lagipun, bukankah acara ini penting? Apa akan jadi kalau dia buat kesilapan?

"Jangan risau. Jangan gugup. Ikut saja saya." Pemain biola itu nampak yakin. "Kamu hebat."

Sejujurnya, Su Qianci memang mahu mencubanya kerana itu ialah cita-citanya. Sebelum ini, dia tak pernah mendapat peluang sebegini. Adakah dia patut mengambil peluang saat ini?

"Tak mengapa." Song Yifan memandangnya. "Kalau kamu rasa gementar hari ini, kita ada satu lagi persembahan esok."

"IBaiklah." Wajah Su Qianci menjadi kemerah-merahan sedikit sambil matanya bersinar. "Saya nak cuba. Boleh tak?"

Melihat dia gementar dan penuh berharap, Song Yifan tersenyum dan mengusap kepalanya. "Sudah tentu, nak."

Next chapter