webnovel

Adakah Kamu yang Buat?

Editor: EndlessFantasy Translation

Perempuan itu kelihatan berbeza selepas dia menikahi seorang lelaki yang hebat.

Walau bagaimanapun, Su Shanna ialah anak yang sah dari keluarga Su, jadi tidak adil anak perempuan jalang itu yang berkahwin dengannya.

Sambil mengabaikan Su Qianci, Su Zhengguo berdiri dan berjalan ke arah Li Sicheng dengan senyuman terbaiknya. "Li Sicheng, kamu dah sampai. Mari duduk. Kamu sudah makan?"

"Belum lagi."

"Haha, baguslah. Kami makan lewat hari ini, marilah sertai kami," Su Zhengguo tersenyum, jelas berusaha untuk menggembirakan Li Sicheng.

"Baik." Li Sicheng yang tidak pernah bercakap banyak hanya menjawab ringkas. Su Zhengguo berasa agak janggal dan tersenyum kelat.

Su Shanna datang membawa dulang dan berkata dengan senyuman yang malu-malu, "Encik Li, minumlah kopi."

Puan Su juga berkata, "Shanna belajar membuat kopi setelah tahu kamu suka meminumnya. Beritahulah jika kopi itu sedap."

Su Shanna memandang Li Sicheng dengan penuh berharap. Su Zhengguo dan isterinya juga turut memandang Li Sicheng. Walau bagaimanapun, Li Sicheng menjeling ke arah Su Qianci dan bertanya, "Mengapa kau berdiri di sana? Mari ke sini dan duduk."

Sebaik mendengar kata-kata Li Sicheng, barulah keluarga Su menyedari tiada sesiapa yang memberi perhatian kepada Su Qianci. Kelihatan janggal, Su Zhengguo melepaskan batuk dan berkata, "Su Qianci, mengapa kamu seperti orang asing dalam rumah keluarga kamu sendiri?"

"Kamu sudah menjadi Puan Li sekarang, berhenti berkelakuan seperti kanak-kanak dan duduk," kata Puan Su.

Su Qianci telah menjangkakan adegan ini. Dia sentiasa dianggap seperti tiada kepentingan kepada keluarga Su, manakala Li Sicheng akan sentiasa menjadi tetamu yang dihormati. Tanpa Li Sicheng, dia bukan siapa-siapa dalam keluarga itu.

Dia berjalan perlahan-lahan dan sengaja duduk di kerusi yang jauh dari Li Sicheng. Berdasarkan pengetahuannya tentang Su Shanna, perempuan itu tidak akan melepaskan peluang ini.

Seperti dijangka, mata Su Shanna bersinar teruja apabila melihat ruang kosong antara pasangan itu. Sambil memegang secawan kopi di atas meja, Su Shanna berjalan ke arah Li Sicheng dan berkata, "Mr Li, cubalah kopi yang saya buat. Saya telah belajar agak lama untuk membuatnya. Beritahulah jika ia sedap."

Selesai berkata-kata, Su Shanna duduk di tengah-tengah pasangan itu. Li Sicheng mengerutkan kening seolah-olah dia telah menyentuh sejenis virus, dan berdiri dengan tiba-tiba sebaik sahaja perempuan itu duduk.

Su Zhengguo bingung dan terkejut dengan tindakan Li Sicheng yang bangun secara tiba-tiba.

"Tandas?"

"Saya akan tunjukkan jalan!" Su Shanna dengan segera berkata, sambil berdiri.

Bagaimanapun, Su Zhengguo menghentikannya dengan segera. "Itu tidak sopan."

Su Shanna terdiam. Su Zhengguo memandang Su Qianci dan berkata, "Kamu pergi."

Su Qianci tidak bangun dan hanya menunjukkan arah. "Pergi lurus dan belok kanan."

Setelah orang yang penting itu hilang daripada pandangan, keluarga Su tidak dapat menahan diri mereka.

"Bagaimana rasanya berada dalam keluarga Li? Hari ini hari jadi Puan Li, kamu sudah berikan hadiah yang saya sediakan kepadanya?" Puan Su bertanya.

Su Qianci mengangguk.

Puan Su melihat ke arah jalan menuju bilik air untuk memastikan Li Sicheng tidak berada di sekitar. Dia kemudian mendekati Su Qianci dan bertanya, "Tetapi, makcik dengar dia tidak berapa sukakan perempuan. Adakah kamu..."

Next chapter