webnovel

Dia Sedang... Memeluknya!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Baguslah. Bagus. Ada sesiapa dalam keluarga ini yang membuli kamu?"

"Tidak, semua orang melayan saya dengan baik. Tiada sesiapapun yang membuli," Su Qianci menjawab dengan sopan.

Kapten Li mengangguk dan berkata dengan senyuman, "Jika ada sesiapa membuli kamu, bagitahu Atuk ya. Bukan sahaja dalam keluarga ini, malahan termasuk orang luar."

Semua yang ada di situ adalah orang-orang bijak, jadi kesemua mereka memahami apa yang dimaksudkan oleh Kapten Li.

Wajah Puan Tang menjadi semakin pucat. Dia tidak lagi berani berkata apa-apa. Tang Mengying senyum dan berjalan ke arah Kapten Li lalu berkata, "Atuk, dalam rumah ini ada abang Sicheng dan di luar pula ada saya sebagai kakak Qianqian. Atuk tak perlu risau."

Kapten Li mendengar kata-katanya, lalu memandangnya dan ketawa sinis, "Baguslah jika kamu fikir begitu."

Senyuman Tang Mengying menghilang. Ketika dia baru sahaja hendak mengatakan sesuatu yang lain, Kapten Li tiba-tiba memandang ke arah Li Sicheng yang hanya terdiam dari tadi dan memanggil, "Li Sicheng."

Tang Mengying hanya menelan kata-katanya apabila orang tua itu kelihatan tidak menghiraukannya. Dia tidak pasti sama ada dia patut berkata apa-apa. Keadaan menjadi teramat janggal.

"Atuk." Li Sicheng tidak terkesan dengan apa yang sedang berlaku. Lagaknya seperti seorang dewa yang tidak menghiraukan segalanya.

Mendengar panggilan Kapten Li, Li Sicheng berjalan ke arahnya.

"Jika aku mengingatinya dengan betul, hari ini adalah hari ketiga sejak perkahwinan kamu bukan? Kamu tidak mahu membawa isteri kamu pergi melawat keluarganya?"

Li Sicheng memuncungkan bibirnya. Dia jelas kelihatan tidak berminat. Namun apabila melihat rupa datuknya yang tegas, mahu atau tidak dia perlu menjawab, "Ya, saya sedang bersiap untuk membawa dia."

"Jangan berpura-pura." Kapten Li menepuknya di bahu dan berkata, "Jangan jatuhkan air muka keluarga Li."

"Okey." Li Sicheng memasukkan tangannya ke dalam poket, menjeling ke arah Su Quanci dan berjalan ke biliknya secara perlahan-lahan.

Wanita-wanita itu memandang satu sama lain. Mereka sedar Kapten Li sangat melindungi Su Qianci. Tambahan lagi, mereka nampak bahawa lelaki tua itu tidak sukakan Tang Mengying. Di hadapan ramai, Kapten Li telah membantah kata-kata Puan Tang dan Tang Mengying, tetapi menyokong sepenuhnya anak perempuan luar nikah keluarga Su. Jika kejadian ini tersebar, tiada sesiapa akan berani membuli Su Qianci lagi dan semua orang harus menghormatinya.

Lagipun, nama Li Xun lebih menggerunkan berbanding reputasi keluarga Li.

"Hari ini hari lahir ibu kamu. Bukankah kamu telah sediakan hadiah? Bawalah ia keluar," Kapten Li menyuruhnya dengan lembut.

Su Qianci menganggukkan kepala dan beredar semula ke biliknya dengan pantas.

Hadiah tersebut telah disediakan oleh keluarga Su sebagai sebahagian daripada hantaran perkahwinannya. Ia telah disimpan di dalam almari pakaian dalam bilik tidur.

Walaubagaimanapun, sebaik sahaja dia membuka pintu bilik, dia ternampak Li Sicheng yang sedang memilih pakaian dan tidak memakai baju.

Wajah Su Qianci bertukar merah padam. Dia menutup pintu di belakangnya, terus berjalan pantas ke arah almari di mana hadiah tersebut disimpan dan sengaja tidak mempedulikan suaminya itu.

Apabila dia sudah mendapatkan hadiah tersebut dan berpaling ke belakang, tiba-tiba dia melanggar satu dinding yang terasa seperti badan manusia.

Su Qianci menjerit dan berundur. Tetapi, almari pakaian itu kecil dan dia tersungkur di atasnya menyebabkan dia terjatuh dengan tidak sengaja.

Namun, apabila Su Qianci menyangka dia akan jatuh terus ke lantai, satu lengan yang panjang memaut pinggangnya.

Aroma badan lelaki yang agak asing baginya menyelubungi Su Quanci. Dia merasakan hatinya menggeletar dan terasa kehangatan tubuh lelaki itu di sekeliling pinggangnya. Lelaki itu telah… memeluknya!

Next chapter