webnovel

Hati Mo Ting Sayu

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas membuat laporan di balai polis, Tangning dan yang lain melangkah keluar, mendapati wartawan berkumpul di luar. Satu pertarungan awam seperti hari ini, bukan selalu muncul dalam industri. Jadi, pihak media mahu mendengar sendiri daripada mereka yang terlibat.

"Xing Lan dan Luo Sheng, kamu berdua patut balik dulu. Kamu berdua tak perlu terlibat."

Xing Lan dan Luo Sheng saling berpandangan dan menganggukkan kepala mereka. "Okey, Kak Ning."

Lin Qian dilindungi Li Jing, Long Jie dilindungi Lu Che dan Tangning pastinya dalam rangkulan Mo Ting. Tidak kira bila, selagi dia dalam pelukan Mo Ting, Tangning akan berasa selamat.

Wartawan bergegas ke depan dan menghalakan kamera mereka yang berkelip-kelip ke arah Tangning dan Mo Ting.

"Tangning, tentang pengalaman kamu hari ini, industri gelarkan pertarungan anjing makan anjing. Apa pendapat kamu?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter