webnovel

Saya Tak Main Tipu Muslihat di Belakang Mereka

Editor: EndlessFantasy Translation

Lin Shaoyuan tiada apa-apa untuk dicakapkan.

Tangning bukannya seseorang talam dua muka. Jika dia bencikan seseorang atau berasa jijik dengan mereka, ia akan jelas terpampang di wajahnya.

Adik beradik itu tidak pernah sehaluan. Jadi, Tangning tidak perlu menyembunyikan perasaan sebenarnya.

Tangning jelas sekali cuba menendang Tang Xuan keluar daripada Syarikat Tang. Lagipun, berdasarkan kaedah biasanya, mungkin dia akan membuang Tang Xuan sepenuhnya dan memusnahkan sebarang kuasa yang masih dimiliki wanita itu dalam Syarikat Tang.

Berdepan dengan sikap berani Tangning, pemegang saham tidak dapat tidak berasa yakin dengannya. Dua kejayaan berturut-turut ialah sesuatu yang perlu mereka iktiraf.

Jadi, selepas mesyuarat berakhir, Tangning terus mengarahkan Tang Xuan disingkirkan, langsung tidak meninggalkan jawatan sekecil setiausaha untuknya.

Tang Xuan menyerbu masuk ke pejabat CEO dengan marah, tetapi Tangning tidak kelihatan di mana-mana.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter