webnovel

Kedudukannya dalam Bahaya

Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun pengumuman Tangning agak mengejutkan, Orang Tua Tang kekal tenang. Dia cukup tahu sebab sebenar di sebalik keputusan Tangning.

Berundur satu idea yang bagus. Itu apa yang Orang Tua Tang rasa Tangning patut buat.

"Atuk, Atuk tak rasa ke keputusan Kak Cik agak merugikan?" Tang Jingxuan bertanya sambal menonton berita hiburan. "Kak Cik tak pernah selemah ini. Kenapa tiba-tiba dia buat keputusan ini?"

"Abang ipar kamu akan lindungi Kak Cik kamu. Kamu patut fokus pada diri kamu saja. Kamu dah jumpa teman wanita ke baru-baru ini?" Orang Tua Tang bertanya.

Tang Jingxuan tersenyum; mengaku dalam diam.

"Bila kamu nak bawa dia balik jumpa Atuk?" Orang Tua Tang terus bertanya.

"Hei, Atuk, sekarang Kak Cik dah bukan selebriti, adakah itu bermakna dia boleh datang ke Syarikat Tang dan ambil jawatan CEO? Atuk rasa macam mana?" Tang Jingxuan sengaja menukar topik.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter