webnovel

Dia Sendiri Perlu Bersuara

Editor: EndlessFantasy Translation

Sebelum masuk tidur, Huo Jingjing menelefon bertanyakan keseluruhan cerita. Dia tertanya-tanya jika Tangning sudah menaikkan darah pewaris manja itu.

Tangning memegang telefon sambil tergelak kecil. "Siapa suruh dia jadi pewaris Raja Bintang? Dia boleh buat kacau sesuka hati dia tanpa ambil kisah perasaan orang lain."

"Kalau kita tengok punca utamanya, ini semua kerana Mo Ting." Huo Jingjing sedar yang Mo Ting tidak memberi muka kepada Quan Ye di beberapa acara. Jadi, ini pembalasan dendam Quan Ye.

"Kamu tak perlu bezakan saya dan Mo Ting. Jom jumpa esok. Saya ke rumah kamu."

Sebaik sahaja Huo Jingjing mendengar Tangning mencadangkan mahu ke rumahnya, dia tiba-tiba teringat dia belum memberitahu Tangning yang dia sudah berpindah ke rumah Fang Yu. Sebelum ini, semasa dia mahu memberitahu Tangning, Mo Ting mengangkat panggilannya. Kini, apabila Tangning membangkitkan isu ini, dia tidak tahu dari mana dia patut mula.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter