"Saya dah buat banyak perkara untuk Hai Rui dan tindas Raja Bintang bertahun-tahun lamanya. Kalau saya tak patut meminta merit ini hal ini sekalipun, sekurang-kurangnya, saya perlu diiktiraf kerana kerja keras saya. Sebaliknya, saya sedar kedudukan saya di Hai Rui lebih rendah daripada pendatang baru itu!"
"Inikah cara Hai Rui beroperasi?"
"Sebelum Tangning sampai, Hai Rui sentiasa adil dan saksama. Mo Ting, kamu dah dirasukkah?"
Nampaknya, Zhen Manni sudah menemui satu saluran untuk melepaskan semua perkara yang dia tidak suka ketika dia mula menyuarakan isi hatinya…
Air muka semua orang yang hadir jelas kelihatan tidak selesa. Mereka semua tahu; walaupun Mo Ting kelihatan seperti tidak terkesan, itu tidak dapat menyembunyikan aura permusuhan yang keluar daripada tubuhnya. Dia bagaikan seorang raja zaman silam yang dicabar kuasanya.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com