[Syarikat Hiburan Hai Rui mengumumkan pengambilan Tangning, secara rasminya menjadi pemilik baru Tangning!]
[Agensi hiburan terhebat menandatangani Tangning. Sorakan dari segenap penjuru.]
[Hai Rui menggantung dan mendiamkan pengumuman Cheng Tian. Apa nilai sekatan kamu?]
[Kontrak Tangning dengan Hai Rui satu misteri. Kata-kata Cheng Tian tidak membawa sebarang pengaruh.]
'Hai Rui menandatangani Tangning?'
Sebaik sahaja semua orang mendengar berita ini, mereka terkaku. Ini merupakan satu kesan yang tidak dijangka-jangka. Ini adalah Hai Rui… Hai Rui yang memiliki status terulung dalam industri hiburan. Macam mana mereka boleh menandatangani Tangning?
Namun, selepas melihat pengumuman rasmi di laman sesawang Hai Rui dan saluran lain, semua orang lain tiada pilihan lain selain daripada mempercayai berita itu.
Ini semuanya benar – mereka tidak bermimpi!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com