webnovel

Mereka Berdua Ada Hubungan Luar Biasa

Editor: EndlessFantasy Translation

"Presiden Mo, adakah sesuatu telah berlaku?" Lu Che meneka selepas melihat air muka Mo Ting.

"Orang-orang di Kurun Kreatif telah mengambil Long Jie dan memaksa Tangning untuk makan malam bersama mereka. Nampaknya, mereka akan memaksa dia menandatangani kontrak bersama mereka."

"Tapi, Kurun Kreatif sudah beroperasi secara sah mengikut undang-undang sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini. Mereka tidak kelihatan seperti akan menggunakan cara yang begitu keji." Lu Che bimbang kerana dia teringat akan Kurun Kreatif yang dahulu. Syarikat itu pernah menyumbat dadah ke dalam mulut seorang selebriti wanita, menyebabkan dia membunuh diri. Kejadian itu begitu tular pada suatu ketika dahulu. Selepas kejadian itu, syarikat tersebut menukar bos mereka dan memulakan hidup baru. Mereka tidak lagi mengambil bahagian dalam kegiatan haram. Tetapi, bagaimana mereka boleh jadi begitu berani untuk memaksa Tangning?

"Akar kejahatan sudah lama tersemat dalam tulang-temulang mereka!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter