Terdapat perubahan pada riak wajah Zhuang Liaoyuan dan Zhuang Zongren apabila 9.2 markah dipaparkan pada papan mata itu. Namun, Zhuang Rongguang masih tidak berasa kagum.
"Tu nasib je! Kamu betul-betul dapat 9.2! Tapi kamu tak boleh dapat 10 mata dengan ikut nasib je!"
Sebaik sahaja Zhuang Rongguang menghabiskan kata-katanya... "Bang!" 10 mata!
Bang!
10 mata lagi!
Zhuang Rongguang hampir tergigit lidahnya sendiri apabila melihat tembakan markah penuh yang berturut-turut itu. Dia tergagap-gagap, "K-kamu nasib baik je, kan?"
Bang!
Kemudian Si Cilik terus melepaskan tembakan 10 matanya yang ketiga.
Zhuang Rongguang terkesima.
10 mata tiga kali berturut-turut? Nasib baik yang berterusan ni...sudah agak melampau?
Bang!
10 mata lagi – bidikan tepat yang keempat.
Kemudian, Si Cilik membidik beberapa kali lagi dan setiap satunya ialah tembakan 10 mata, markah yang sempurna.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com