Masa berlalu dan Lu Tingxiao masih terkaku di dalam bilik belajarnya. Dia tiba-tba berdiri dan memakai kot. Dia mengambil kunci kereta dan berjalan keluar.
"Tuan, kamu nak keluar ke?"
"Siapkan kereta. Saya nak ambil Si Cilik."
"Okey!"
...
Sekolah baru sahaja berakhir dan ramai orang berkumpul di sekitar pintu masuk sekolah itu. Ramai kanak-kanak berjalan keluar dengan ceria dan beredar bersama ibu bapa mereka.
Kolar Lu Tingxiao yang selalunya kemas telah menjadi renyuk dan dia bersandar di keretanya sambil menyalakan sepuntung rokok.
Akhirnya, seorang kanak-kanak yang dia kenali muncul di pintu masuk sekolah.
Si Ban Kecil membawa begnya dengan muka yang serius sambil menunggu pemandu untuk menjemputnya. Kemudian, dia ternampak sebuah kereta yang dia kenali dan orang yang dia kenal di sebelah kereta itu.
Matanya bersinar dan dia bergegas ke sana. "Ibu!"
Lu Tingxiao memadamkan rokok itu. "Ibu kamu tak datang."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com