Meng Shiyi berlari menuju ke arah lelaki itu, tetapi belum sempat dia mendekati Yun Shen, dua orang pengawal peribadi yang berpakaian hitam menghalangnya daripada mendekati lelaki itu.
"Bro Yun…" Meng Shiyi berjalan terjengket-jengket dan memandang lelaki itu dengan sedih.
Mata kelabu Yun Shen melihat wajah Meng Shiyin seperti angin yang meniup debu, kemudian dia berpaling ke arah Guo Qisheng dan bertanya dengan perlahan, "Pengarah Quo, saya berlakon sebagai abang ke?"
Pada mulanya Guo Qisheng kelihatan terkejut, kemudian dia terus kelihatan kekok. "Tak, tak, CEO Yun, watak kamu tak berubah pun. Masih sama macam kamu pilih sebelum ni sebagai ayah Yun Huang dan bukannya watak seorang abang…"
Selepas dia berkata begitu, para penonton tiba-tiba ketawa.
Ternyata Yun Shen tidak mengenali perempuan itu pun!
Mata Meng Shiyi terbeliak dengan rasa terkejut. Dia tidak menyangka Yun Shen tidak mahu mengaku yang sebenarnya mereka saling mengenali!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com