Lu Tingxiao membelai gadis itu dengan berhati-hati, matanya penuh dengan kesakitan.
Sebenarnya, ketika kali pertama dia bersentuhan dengan Ning Xi, dia selalu merasakan yang gadis itu seperti mengelak daripada melakukan sebarang sentuhan yang intim dan kadang-kadang dia juga menunjukkan kebencian terhadap lelaki. Lu Tingxiao dapat merasakan yang gadis itu mesti pernah mengalami pengalaman yang buruk sebelum ini.
Jadi, dia tidak pernah mahu mengambil tahu tentang kisah silam gadis itu. Dia tidak akan bertanya kalau gadis itu sendiri yang tidak mahu berkongsi malah dia lebih berhati-hati mengenai hubungan mereka. Dia lebih rela menanggung kesusahan seorang diri daripada menyusahkan gadis itu.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com