Sebaik sahaja Su Hongguang dan Zheng Minjun melihat Ning Xi dan berasa tertanya-tanya tentang sikap dan penampilannya, pepatah, 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi' muncul di fikiran Zheng Minjun.
Ning Xi memang layak menjadi anak gadis dalam keluarga yang berprestij. Walaupun dia telah tinggal di kawasan pendalaman selama 18 tahun, hal itu secara semula jadi memang berada dalam darahnya.
Kemudian, Zheng Minjun teringat Zhuang Lingyu ialah anak perempuan Zhuang Zhongren. Jadi, Ning Xi ialah cucu Zhuang Zhongren dan dia ialah sebahagian daripada keturunan keluarga Zhuang. Zheng Minjun berasa sakit hati semula...
Ning Xi cepat-cepat tersedar daripada perasaan terkejutnya apabila melihat Su Hongguang dan Zheng Minjun. Dia berpaling ke arah Guo Qisheng. "Pengarah Guo? Ada apa?"
Guo Qisheng tercungap-cungap. "Kenapa kamu laju sangat? Saya perlukan pertolongan kamu!"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com