Bunyi ketukan pintu bergema di seluruh rumah.
Rumah itu gelap tanpa sebarang cahaya lampu jadi dia tidak tahu sama ada ada orang atau tidak di dalam rumah itu.
Malam sudah lewat dan Ning Tianxin juga tidak ada tempat yang boleh dituju. Hanya rumah ini sahaja yang dia boleh pergi!
Ada sesuatu yang terjadi di dalam ke?
Ning Xi terus menekan loceng rumah tetapi masih tiada siapa yang membuka pintu. Dia bersedia untuk memecahkan pintu rumah itu.
Pada ketika itu, pintu dibuka dari dalam.
Ning Tianxian berdiri di situ dan mukanya kelihatan pucat. Dia terkejut melihat Ning Xi berada di situ lalu dia terus menangis di bahu Ning Xi. "Xiao Xi, Xiao Xi… apa yang saya perlu buat?"
Ning Xi segera memahami maksud wanita itu. "Kamu mengandung ke?"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com