Dia perasan yang "sang raja" sudah sampai.
Ye Ying terlalu takut sehingga lututnya menggigil dan dia hampir terduduk.
Tak guna!
Kenapa CEO Lu dan Tuan Muda Kedua tiba-tiba datang ke sini? Kenapa mereka secara kebetulan datang tepat ketika pergaduhan ini sedang berlaku? Pasti dia akan dianggap sebagai seorang yang tidak cekap dalam melakukan kerja!
Lu Jingli yang sebentar tadi tidak diendahkan oleh abangnya sendiri telah mengikut lelaki itu sambil mulutnya tidak henti-henti merungut. Tetapi, dia serta-merta menjadi bersemangat dan tidak lagi manja bila memikirkan tentang gosip yang bakal timbul nanti.
Siapa sangka yang sebaik sahaja mereka tiba di situ, mereka akan menyaksikan sebuah adegan yang begitu mengejutkan?!
Xiao Xi Xi, kamu tak pernah kecewakan saya!
Bila mereka melihat CEO Syarikat Lu sendiri datang ke sini, mereka terus menegakkan badan dan menyambutnya dengan mesra.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com