webnovel

Kemanisan Cinta

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas Ning Xi memuat naik gambar-gambar itu, beribu-ribu orang gadis naik gila di bahagian komen!

"Ah! Kenapa skrin saya kotor sangat!? Jilat jilat!"

"Gaya suami saya yang seksi semasa di rumah. Saya tak boleh tahan!"

"Makhluk kecil yang kotor, seksinya gambar ni!"

Sesetengah warga Internet itu menyedari sesuatu…

"Kamu semua tak rasa ke dalam gambar Bro Xi tu…ada sedikit kemanisan cinta?"

"Ya! Saya dapat rasa yang saya dah jatuh cinta pandang pertama! Cara Bro Xi tenung mata saya seolah-olah dia pandang ke dalam mata kekasihnya!"

"Badan saya menggigil! Saya betul-betul cemburu dengan jurugambar Bro Xi! Sebab dia dapat mendekati Bro Xi!"

Ning Xi membaca komen-komen itu, kemudian dia dapat memahami reaksi Lu Tingxiao pada hari sebelumnya. 

Hmm, mungkin Si Syaitan memang bersikap profesional? Saya yang goda dia…

Tapi, itu salah Si Syaitan sebab terlalu menarik…

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter