Buat seketika Su Yan berasa terkejut kemudian dia berasa sedih.
Ning Xueluo baru sahaja mahu merengek kepada Su Yan apabila sekumpulan wartawan tiba-tiba mengerumuni mereka. Dia terpaksa mengawal emosinya dan tersenyum sambil bersedia untuk berhadapan dengan soalan-soalan dari para wartawan.
"Xueluo, kamu ada sediakan apa-apa yang istimewa tak untuk acara lelongan hari ni?"
"Taklah istimewa pun, cuma beberapa aksesori peribadi je."
"Ooh, aksesori peribadi Xueluo. Saya pasti semua orang akan membida dengan gila. Kami masih ingat lagi tahun lepas masa kamu buka reben di pergelangan tangan kamu, ia dibida dengan harga beratus ribu!" Para wartawan bercakap dnegan penuh semangat.
"Ala, semua orang buat untuk tujuan amal kan!"
"Xueluo, kamu mahu bida apa hari ni?"
"Ada satu benda tapi saya akan bagitau nanti!"
"Dah agak lama sejak Encik Su melamar kamu. Saya tertanya-tanya bila agaknya kami dapat pergi majlis perkahwinan kamu?"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com