webnovel

Ada Sesuatu yang Tak Kena

Editor: EndlessFantasy Translation

Guan Ziyao berkerut lalu dia memandang wanita berpakaian putih yang sedang bercakap dengan Ning Xi. "Tak ada masalah di pihak Lirong? Kalau dia tak mati"

"Dia mesti mati!" Mata Guan Rui bersemangat dengan niat mahu membunuh.

Kalau dia tak mati sekalipun, sudah tentu lelaki itu sudah mengaturkan supaya orang-orangnya berjaga di hospital. Tiada apa yang akan salah.

Ini merupakan kali pertama dia terlibat dengan soal hidup dan mati seseorang. Jari-jemari Guan Ziyao menggeletar menahan rasa gementar tetapi dia segera menenangkan dirinya. Dia cuma mahu perempuan itu berhenti daripada terus memperbodohkan Lu Tingxiao. Apa yang dia buat adalah tidak salah.

Rancangannya telah banyak kali gagal. Kali ini dia akan pastikan tidak akan berlaku sebarang kesilapan lagi. Situasi yang genting seperti ini memerlukan langkah-langkah penjagaan yang ekstrem.

Kali ini, dia akan pastikan yang Ning Xi tidak akan terlepas lagi!

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter