"Kamu pasti ke? Kamu main permainan video ke? Kamu tahu permainan video 'Dunia Suci'?" Zhuang Rongguang merenung lelaki di hadapannya dengan perasaan sangsi. Dia berasa senyuman lelaki itu agak menakutkan untuk beberapa sebab tertentu.
"Saya ada akaun," balas Ning Xi.
Budak tidak berguna ini main permainan video Dunia Suci juga? Zhuang Rongguang berasa sedikit terkejut. Kemudian, dia menyenaraikan beberapa permainan video yang lain dan Ning Xi tahu kesemuanya.
Selepas memikirkannya buat seketika, Zhuang Rongguang masih memilih permainan video 'Dunia Suci' kerana dia lebih handal bermain permainan itu berbanding permainan-permainan video yang lain.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com