Ning Xi tersengih. "Annie mungkin datang ke sini hari ni untuk pujuk saya... Tapi, nampaknya dia yang dah dipujuk oleh kamu dan Si Cilik!"
Lu Tingxiao mengemaskan pelukannya terhadap gadis itu. Ada sinaran tajam yang terpancar di sepasang matanya. "Saya tak akan biarkan sesiapa pun ambil kamu dari saya. Tak kira siapa pun orang tu."
"Saya pun tak akan tinggalkan kamu juga!"
...
Di sebuah kawasan di utara, terdapat sebuah vila terbiar yang berprestij. Dulu, ia merupakan sebuah rumah yang mewah, tetapi oleh sebab ia telah dibiarkan kosong buat masa yang terlalu lama dan orang pernah dijumpai mati di situ, ia mula dikenali sebagai sebuah rumah berhantu. Ia bukan sahaja tidak laku untuk dijual, malah tidak ada siapa pun yang berani menghampirinya.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com