Annie naik marah. "Dia..."
"Kehidupan peribadi lelaki ni terlalu rumit! Dia tak tahu pun siapa ibu kandung anak dia sendiri...?!" Annie merendahkan suaranya kerana tidak mahu menyinggung perasaan Si Cilik.
Ning Xi tahu apa yang Annie hendak katakan. "Ni tak sama dengan apa yang kamu fikir. Sebenarnya Lu Tingxiao tu mangsa dalam hal ni."
Annie tidak mempercayainya. Dia menyangka Ning Xi sudah ditipu...
Macam mana budak comel macam ni ada ayah yang kejam macam tu?
Annie tidak boleh bayangkan bagaimana Si Cilik dan Bro Xi boleh hidup dengan kezaliman Lu Tingxiao dan betapa banyak kesengsaraan yang mereka akan tanggung.
Ning Xi mengeluh apabila melihat ekspresi wajah Annie yang risau. Apa lagi yang gadis ini fikirkan?
Mungkin lelaki tu bagi Annie minum sesuatu. Kalau tak, kenapa dia risau macam ni?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com