Chen Hanchen melihat Qi Fang dengan pandangan kosong.
Siapa yang selalu mengeluh di sebelahnya dan menggelar Ning Xi dengan pelbagai nama malah pernah meletakkan ular untuk menakutkan gadis itu?
Qi Fang dah hilang ingatan ke?
Qi Fang dengan gembira mengisytiharkan, "Saya dah bercadang mulai sekarang, saya akan menjadi peminat Senior! Peminat VIP! Otak saya tak betul ke sebelum ni? Saya berasa cemburu dan membuat masalah dengan seorang gadis yang sangat cantik! Teruknya!"
"Saya tak sangka yang Ke Mingyu paling licik… dia dah tahu semuanya dan cuba untuk berbuat baik dengan Senior. Dia juga pernah meminta tandatangan Senior malah dia juga telah menyelamatkan Senior sebentar tadi! Apa salah saya?"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com