"Zhichen betul-betul mengagumkan! Saya rasa dia lebih hebat daripada Tingxiao masa Tingxiao muda dulu. Generasi muda sekarang ni memang makin baik!" seorang tetamu yang rapat dengan kedua-dua keluarga itu memberi komen.
Sebagai penganjur, Lu Chongshan hanya bersetuju dengan tetamu-tetamunya dan memuji Guan Rui kerana mereka akan jadi sebuah keluarga tak lama lagi. Tapi, dia tergelak dalam hatinya apabila mendengar komen itu.
Lebih baik daripada Lu Tingxiao? Mengarutnya!
Walau apa pun, Lu Chongshan tak menunjukkan emosinya. "Mestilah, Zhichen tu lebih bagus daripada Tingxiao!"
Guan Rui menafikan. "Kamu semua perlu berhenti puji Zhichen tu, nanti dia jadi bangga diri. Dia tak akan setanding dengan Tingxiao! Kalau dia boleh jadi separuh daripada Pak Cik Tingxiao dia pun saya akan rasa bangga!"
สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com